♥ puIsi dari hati ke hati ♥

kadang² kehidupan ini tak semuanya indah
banyak cabaran,banyak dugaan
dari situlah kita sebagai hamba ALLAH bagaimana hendak mengawal keimanan kita
kita diberi kebebasan
kita diberi segala kesenangan
tetapi sejauh mana kita menilai,dan sejauh mana kita mensyukurinya

Saturday, April 7, 2012

fahamilah seadanya

aku tahu tak semua benda yang kita lakukan orang akan suka,termasuk diri kita sendiri,kita tak boleh nak mengharapkan semua orang suka dekat kita even kawan baik kita sendiri

tetapi kita perlu tahu dan ingat,setiap perkara yang kita lakukan biarlah niatnya datang dari hati dan ikhlas
aku sendiri tidak mengharapkan apa-apa kebaikan yang datang dari seseorang walaupun keluarga sendiri,hanya yang aku harapkan sebuah keihklasan tulus dari hati,

mungkin ini bukan satu titik permulaan bagi aku menjalani kehidupan sebegini kerana sebelum ni banyak benda yang aku harungi walaupun pahit untuk ditelani,selama 3 tahun aku hidup berdikari,kawan-kawanlah keluarga aku,susah senang,suka dan duka kami bersama
dan dari situ erti kehidupan bersama mengajar aku menjadi dewasa,

aku akui pada mulanya mungkin agak sukar untuk aku menerima hakikat apabila sesuatu benda terjadi kepadaku,aku marah orang ambil kawan aku,aku marah orang mendekati kawan aku walaupun pada hakikatnya ianya tak pernah berlaku,yup itu adalah satu perasaan benci dari bisikan orang ke-3,tak dinafikan,dan aku akui aku adalah insan yang lemah,.

mungkin bukan aku je yang pernah lalui semua ni,ramaikan ada perasaan macam tu,dan kadangkala aku fikir salah ke perasaan itu hadir?
mungkin sesetengah orang merasakan perasaan itu adalah "KUNO",pemikiran yang amat cetek,tapi bagi aku tidak!.tidak sama sekali sehingga hari ni,wajar perasaan itu hadir,cuma jangan terlalu keterlaluan sampai memakan diri

aku pernah buat satu kesilapan yang amat besar dalam kehidupan ni,mengambil sesuatu keputusan tanpa berfikir panjang,dan itulah aku,mungkin hakikat aku sebegitu,tapi aku menyedari aku tak boleh berterusan sebegitu,kerana lambat laun kita sendiri yang memakan diri.


begitu juga aku ingin menegur beberapa rakanku yang lain,dan ini juga peringatan untuk diri sendiri,mungkin aku ni pengecut.yeah pengecut untuk berdepan dan berterus terang,tapi aku juga punyai hati seperti korang

jangan sesekali kita menilai orang pada luaran,jangan sesekali kita menilai dari perwatakan,jangan sesekali kita membenci tanpa mengenali
dan jangan sesekali membagga diri atas sesuatu yang terjadi

aku tahu mungkin kau tidak menyukai,minta penjelasan minta pandangan kau pasti akan mendapat jawapan,
jangan kau membelakangi kerna kau tak suka,
jangan kau pendam dan menarik muka

kerna segala perbuatan aku tidak tahu apa yang terpendam
akan ku usahakan tidak menyakiti hatimu,kerna aku menyanyangimu

2 comments:

  1. "jangan sesekali kita menilai orang pada luaran,jangan sesekali kita menilai dari perwatakan,jangan sesekali kita membenci tanpa mengenali
    dan jangan sesekali membagga diri atas sesuatu yang terjadi"

    nasihat berguna. nice entry ;)

    ReplyDelete