abah sering termenung,sering bersendirian dan sering suka berseorangan
aku sedih melihat susuk tubuhnya yang makin susut, nampak tua sangat wajah dia walaupun tak setanding usianya,.YA ALLAH kau berilah kekuatan kepadanya dan kesejahteraan dalam kehidupannya,
abah banyak berkorban demi anak-anaknya,.aku sedih melihat abah tatkala berseorangan,dia semakin sensitif apabila anak-anaknya tahu akan perihal penyakitnya,dia seolah-olah tidak mahu ditemani,dia seolah-olah menjauhi gar tidak disyaki,.
abah..anakmu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu,anakmu di sini sentiasa mengingatimu,dan anakmu di sini berjanji akan berusaha memberi kegembiraan kepadamu walaupun kau resah di buai mimpi,
abah.,janganlah kau risau tentang anakmu di sini,aku memilih dan aku perlu hadapi,.
janganlah kau memendama hati,janganlah kau menjauhi,sesungguhnya anak-anakmu sentiasa di sisi mendengar segala isi dihati,.
hatiku resah gelisah
dan hatiku sentiasa menangisi keperitan yang kau alami abah
dan aku mengerti segalanya
YA ALLAH,hanya padaMU aku meminta,dan hanya padaMU aku berbicara
kau sembuhkanlah ayahku,dan berikanlah kesejahteraan dalam kehidupannya serta KAU panjangkanlah umurnya,
KAU panjatkanlah umurku supaya aku dapat membantu kedua ibu bapaku kelak
No comments:
Post a Comment