♥ puIsi dari hati ke hati ♥

kadang² kehidupan ini tak semuanya indah
banyak cabaran,banyak dugaan
dari situlah kita sebagai hamba ALLAH bagaimana hendak mengawal keimanan kita
kita diberi kebebasan
kita diberi segala kesenangan
tetapi sejauh mana kita menilai,dan sejauh mana kita mensyukurinya

Thursday, August 4, 2011

itulah yang dikatakan " setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya"



assalamualaikum

berdasarkan pengalaman dan cerita aku sendiri

kini aku percaya,setiap yang terjadi tu pasti ada sebabnya mengapa ALLAH S.W.T tu menguji setiap umatnya kan,dan kini ku akui ianya betul-betul terjadi

berdasarkan dari pengalaman,aku dan beberapa kawan aku dulu mempunyai seorang kawan yang sangat baik hati,di waktu kelapangan kami selalu beriadah bersama di waktu petang

tak kisahlah buat apa pun,kadang-kadang berjogging dan kadang-kadang melepak,yelah masing-masing dah ke haluan masing-masingkan,so berjumpa pon sekali sekala jew,

kami dah macam adik beradik,

dan suatu hari kami menjadi renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku,bukan salah siapa-siapa pun dan mungkin ini semua salah faham,bertahun juga masing-masing mendiamkan diri,dan aku dan sahabatku akui kami sebenarnya rindukan DIA.

dan kini aku akui kadang-kadang SI DIA muncul dalam mimpiku,bukan dipinta tapi mungkin terlalu merindui dia dan selalu berdoa supaya kami bersahabat semula suatu hari nanti

dan satu ketika juga si DIA tiba-tiba di timpa musibah,kadang-kadang kita sendiri tak tahu cara apa yang ALLAH akan menguji kita sebagai umatnya supaya tunduk dan sujud kepadanya kan,

aku dan sahabat sedih mendengar pengkabaran itu lalu mencari maklumat yang sahih supaya mengetahui cerita sebenar-benarnya,dan aku serta sahabat bercadang untuk menziarahinya

mungkin pada mulanya kami agak takut dan kecut perut,pelbagai imiginasi yang bermain di minda kami,adakah dia menerima kami kembali sebagai kawan?
adakah dia akan memarahi kami kerana melawatnya?

dan apabila kami bersemuka hati aku bagaikan hiba dan sebak,
memang di akui aku dan rakanku rasa nak menangis tengok dia,mungkin kerana setelah beberapa tahun kami tidak bersua,dan akhirnya ALHAMDULILLAH kami dipertemukan kembali walaupun ianya dalam keadaan yang hiba

kami menangis kerana gembira,kami menangis kerana sedih,pelbagai perasaan yang bermain ketika itu,tapi kami pendamkan semuanya.
kami bersyukur dia selamat dan kami sentiasa berdoa agar dia cepat sembuh .AMIN.


dan kini ALHAMDULILLAH,perhubungan kami sebagai kawan dan sahabat kembali semula walaupun ianya tak seindah dulu,dan aku sangat bersyukur.TERIMA KASIH YA ALLAH,kau telah memakbulkan doa-doa hambamu ini.


love u all:)

2 comments: