assalamualaikum
entry kali ni dari tajuk HOT FM
yelah pagi-pagi lagi mak aku memang suka sangat dengar hot fm sambil buat kuih
dan sempena di bulan ramdhan ni aku sebagai anak yang solehah ( ngeh2 ) mencari rezeki bersama-sama ibuku,kalau mak aku buat sengsorang uh mau tak pengsan,tapi pernah je mak buat sengsorang time aku di perantauan,huhu,cian mak,mendengar cerita mak membuat kuih tanpa bantuan sesiapa.awesomenya mak ni.mesti letih kan
aku yang baru 3 hari menolong pun dah macam nak pengsan,tak cukup rehat,huhu,nak harapkan adik-adik time aku tak ada depa sekolah,abah pula kerja,so conclusionnya ibuku sendirian bertemankan kuih muih yang banyak tu,cian mak
ok dah lari tajuk ni,haha,dok tengah puasa cakap pasal makanan,owh secara jujurnya aku tak terliur pun time tolong mak buat kuih muih untuk di hantar ke bazar tu,sebab apa?sebab dah tau kuih mak saya tu pasti sedap,ngeh2,( lari dari soalan.haha.pedulik lah )
erm dok lenyek-lenyek tepung,gentel-gentel tepung,isi inti kuih dok tulah kami melayan hot fm
oh kejap yew

ni ler di panggil karipap.( siapa tak kenal apa itu karipap cuba try masak kari dan sepak muka kamu tu,muahha )

seri ayu.yeke?ntah ingat-ingat lupa,janji aku ayu,haha
nilah di antara kuih muih yang akan dipasarkan di luar negara,muahha,ok tipu beno ler tu,di bazar ramdhan je,bukan ni jew kuih yang mak aku buat,banyak lagi cuma maleh nak tangkap gambau,penat okeyh!.( ok memang carik alasan pon )
p/s: jangan dok liur ye,terbatal nanty puasa tuu,hehe
berbalik kepada tajuk
CINTA LALANG.?
hahah,lalang pun ada perasaan ke?pernah bercinta ke?
muahha,jangan dok mengusutkan kepala anda yang memang sedang kusut okeyh,ngeh2
bak kata USOP ( kita bako-kita bako ) tu dia kata cinta lalang ni di mana seseorang tu beralih ke satu pasangan ke pasangan yang lain untuk mencari keresasian mendapatkan teman hidup ( alah lebih kurang ler kowt,tak hengat sangat.muahah )
ramai juga yang bagi pendapat dalam talian tu
ada yang cakap " KALAU DAH LALANG TU MEMANG LALANG JELAH "
ada juga yang cakap " DIA BUKAN LALANG,CUMA INGIN MENCARI PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA "
ada juga yang berpendapat " CINTA LALANG NI CINTA CURANG MENYURANG "
satu pemanggil ni,dia kata dia bercinta dengan 2 orang lelaki dalam satu masa yang sama,n then break sekali gus dua-dua laki tu,lepas tu bercinta lagi dengan 2 orang lelaki yang baru,lepas tu bertunang dengan salah seorang lelaki tu,dalam masa yang sama dalam pertunangan tu bercinta dengan lelaki lain,
hoh pening tak pening cerita dia ni,hahha,dasyatnya,ingat lelaki jew yang berkawan dengan puluhan perempuan dalam satu masa yang sama
ianya depend pada seseorangkan,tak semua jenis begini.kadang-kadang bukan kecurangan dalam perhubungan,cuma mahu mencari yang terbaik untuk diri sendiri
dan ketahuilah
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”
(Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa”
(Petikan kitab Imam Ghazali)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan“
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
from
http://sharimi.wordpress.com/hadis-nabi/islam itu mudah,dan ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya,jodoh pertemuan segalanya di tangan TUHAN,so sebagai umat islam jangan meragui apa yang telah tercatit untuk kita,dan haruslah meminta petunjuk dariNYA apa yang terbaik buat diri kita
selamat membaca:)
ok bye
No comments:
Post a Comment