Kenapa
aku diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang2 yang dusta.”
-(Surah
Al-Ankabut ayat 2-3)
Kenapa
aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-(Surah
Al-Baqarah ayat 216)
Kenapa
ujian seberat ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-(Surah
Al-Baqarah ayat 286)
Kenapa
rasa kecewa?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang
beriman.”
-(Surah
Al-Imran ayat 139)
Bagaimana
harus aku menghadapinya?
“Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah
kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di
medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kecemerlangan).”
-(Surah
Al-Imran ayat 200)
No comments:
Post a Comment