ke mana sahaja mereka pergi pasti bagaikan adik beradik
bergurau senda,gelak ketawa,walaupun masing-masing sibuk akan hal sendiri
mereka bagaikan sebuah keluarga yang terlalu akrab
tak dapat diungkap dengan kata-kata
tetapi disebabkan sesuatu perkara yang terjadi kemungkinan untuk menguji keakraban mereka
tercetus satu pergaduhan yang aku sendiri tak pasti kesahihannya
adakah besar ataupun sekecil kuman di tapak tangan
hari berganti hari,
terlintas difikiranku,YA ALLAH,tiada sekelumit perasaan rindu di dalam hati merekakah YA ALLAH?
untuk mereka kembali seperti dahulu
menjalani kehidupan sebagai seorang rakan dan juga seorang sahabat?
apakah yang menutup segala keresahan di hati mereka?
adakah mereka saling memendam rasa?
besarnya dugaan yang kau turunkan kepada mereka YA ALLAH
semoga kau membuka hati mereka untuk kembali bersama
amin.
berdoa lah semoga persahabatan mereka itu terjalin seperti dulu..
ReplyDeleteinsyaALLAH,amin:)
ReplyDelete