♥ puIsi dari hati ke hati ♥

kadang² kehidupan ini tak semuanya indah
banyak cabaran,banyak dugaan
dari situlah kita sebagai hamba ALLAH bagaimana hendak mengawal keimanan kita
kita diberi kebebasan
kita diberi segala kesenangan
tetapi sejauh mana kita menilai,dan sejauh mana kita mensyukurinya

Saturday, February 25, 2012

mak jangan risau ye.^_^


umur hampir mencecah ke alam remaja
hati seseorang ibu tiba-tiba bertanya tentang pasangan hidup anaknya
mungkin ibuku terlalu terpengaruh dengan cerita rakan-rakan sekerjanya yang sudahpun memiliki menantu ataupun orang baru dalam keluarganya
risau serta resah gelisah,lalu bertanya kepada anak-anaknya

oh ibuku
janganlah kau risaukan akan tentang hidupku
aku tahu apa yang bermain dimindamu dan dihatimu tatkala kau sedang menjangkau usiamu
aku tahu kau mahu yang terbaik buat anak-anakmu
aku tidak pernah menyalahimu lantaran aku bersyukur kau memahamiku walaupun aku tidak pernah meluahkan isi hatiku selama aku hidup
mengertilah ibu
ALLAH itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya

wahai ibu,titipkanlah doamu buat diriku
agar segala keresahan dihatimu dan hatiku akan terlerai segalanya
wahai ibuku,mengertilah,selagi aku masih disisimu aku cuma ingin menjadi yang terbaik untukmu
aku ingin membals segala jasa budimu yang kau telah curahkan kepadaku
aku cuma mahukan masa untuk berkorban memberi yang terbaik untukmu
aku cuma memerlukan kekuatan untuk diriku menyara adik beradikku
hanya itu yang terlintas difikiranku kini

aku tahu perit untuk aku menyatakan tatkala hati ini pernah dicuri ibu
tapi mungkin masanya belum mengizinkan lagi untuk aku bertakhta di hatinya
aku cuma mampu berdoa dan sujud mengadap ILLAHI agar aku diberi kekuatan diri dan kepercayaan diri meneruskan kehidupan ini
aku hanya mahu melihat linangan air mata kegembiraanmu ibu.

berilah aku peluang ibu,

2 comments: