
kadang kala kita sebagai manusia memang leka,memang alpa,
kadang-kadang kita tak tahu sesuatu benda,
tapi melaui teori dan andaian kita,pelbagai andaian dapat dikeluarkan,
jadi berhati-hatilah sebelum membuat keputusan,
jangan mendengar hanya dengan sebelah telinga,
jangan melihat dengan menggunakan sebelah mata,
kita perlu tahu dengan selanjutnya,
kita perlu selidik untuk mendapatkan sesuatu benda yang bermain di minda kita,
tak bermakna kita rapat dengan seseorang kita menaruh harapan padanya,
tak bermakna kita sayang seseorang kita mempunyai perasaan padanya,
tak bermakna kita setia hanya sebagai sepasang kekasih,
dan tak bermakna kita sentiasa bersamanya kerana kita menaruh kasih padanya
No comments:
Post a Comment