
dan siapa sangka,begitu kuat dugaan demi dugaan yg perlu di tempuhi oleh hati seorang wanita
sekeras mana sifatnya,sekejam mana perangainya,hati wanita tetap lembut pada dasarnya
kau mencurahkan air mata kerana kesalahanmu
satu hari mata berkaca,tidur tak lena di buai mimpi seperti yg lain
kau menghela nafas yg panjang,kau mengutuhkan hati yg lara,tetapi akhirnya kau tewas juga
mata selembut hati mula berkaca,berlinangan air mata,
kata-kata maaf kau tidak di sambut mesra,kau utuhkan jua hati dengan tidak berputus asa,siang dan malam kau menangisi setiap isi hatimu,.
kau tidak pernah mengalah,kau terus berusaha,tapi apakan daya,.
tiap yg kau lakukan hanyalah sia-sia,.
kau buntu,
adakah setiap tangisan yg kau pertaruhkan diendahkan?
adakah setiap perkataan kau lemparkan di balas dengan kasih sayang,.
kuatkanlah hatimu wahai wanita
janganlah kau mengalah,dan janganlah kau tangisinya lagi...
No comments:
Post a Comment